Ogos 2007 Kebakaran hutan Greece 2007

Fail:Greece map.jpgPeta Greek

Pada 24 Ogos 2007, kebakaran memusnahkan Peloponnesos, Attica dan Euboea. Di Peloponnesos, banyak kampung terbakar dan 51 orang terbunuh. Pada 25 Ogos, ramai didapati hilang. 6 orang dilaporkan terbunuh di Areopoli.

Perdana Menteri Yunani Kostas Karamanlis mengumumkan perintah darurat di kawasan terlibat dan memohon bantuan dari Kesatuan Eropah. Perancis telah menghantar pesawat pemadam kebakaran. Jerman, Sepanyol dan Belanda turut berjanji menghantar pesawat pemadam api. 500 tentera Yunani dihantar ke kawasan terlibat. Itali telah menghantar kapal terbang pengangkut air untuk memadamkan api kebakaran.

Pada 25 Ogos 2007, hutan yang terbakar telah melarat-larat hingga ke Gunung Imitos dan Filothei di Athens , Keratea , Markopoulo Mesogaias di Attica Timur.Bandar Olympia di mana tapak sejarah Sukan Olimpik bermula turut terlibat. Bangunan purba dikhuatiri akan turut sama terbakar jika tidak ada sebarang tindakan menyelamat yang lebih afektif.